Assalamualaikum... hi guys ! it's me, betty
Hari ni bett nak share kat korang masalah dunia bett,
iaitu JERAWAT PASIR yang rajin bebenow
jejakkan kaki dia at muka bett. Ceritanya bermula macam ni.....
Sebelom ni, bett tak pernah ada masalah jerawat ..tukar la
apa2 produk pon,, Alhamdulillah muka x d masalah... tapi tula...agaknya ade
ter'riak' sikit ke ape (manusia tak lari dari membuat kesilapan),, Allah
turunkan ujian (supaya beringat dan insaf)... bett pakai satu produk ni (x
perlu mention la ye),, tibe2 jerawat pasir naik satu muka. Makin lama,makin
banyak yang tumbuh.. dup dap dup dap....dah kenapa plak kn..
Then bett pon try la tuka pencuci muka n semuanya la...mkin
bertambah pulak la jerawat pasirnya (tepuk dahi)...time ni dh rase give up yang
teramat sangat. Pergi kerja, keluar jalan2, orang lain pandang pelik je... rasa
sedih n terasa hati tu Allah je yang tahu.. dari jenama produk yang
popular,sampai la yang jarang2 didengari, bett dh try..hasilnya tetap
menghampakan sampai satu tahap tu, bett dh fade up sangat, satu muka bett usik
hingga meninggalkan parut yang terlalu banyak.. dari jauh dah boleh nampak
parut hitam. malu bukan kepalang (sobs sobs). Kawan2 lama yang teserempak pon
dok nanya kenapa n macam mana boleh jadi teruk sangat. Sedihhnyaaaa T-T
![]() |
| Bahagian pipi kiri |
![]() |
| Bahagian pipi kanan |
![]() |
| Bahagian dagu |
Then, one day, kawan bett sarankan untuk pakai pencuci muka
SIMPLE sebab risau pencuci muka yang bett pakai tu akan menipiskan lagi kulit
muka. Alhamdulillah tak ada effect negative selepas pakai pencuci muka SIMPLE
ni dan muka pon rasa fresh je lepas guna. Muka rasa bersih sangat2 tapi takda
lah sampai muka kita rasa tegang semacam je.. Pencuci muka SIMPLE ni pon takda
bau yang kurang menyenangkan atau bau yang menusuk ke kalbu (ewahhh)...
Bett pakai jenama SIMPLE yang warna hijau. tak silap bett,,
jenama SIMPLE ni ada beberapa jenis. Yang paling bett suka tentang pencuci muka
ni ialah 100% soap free gel,, jadi dia tidak mengeringkan kulit kita. memang
sesuai untuk kulit yang sensitive.
Lahhhh...sembang punya sembang, lupe plak nak roger jenis
kulit bett (hahahaha) . kulit muka bett ni jenis 'combination to dry skin' ..
sebab tu bett cakap tadi yang pencuci muka ni tak mengeringkan kulit muka sebab
kulit bett takde la pulak menggelupas macam sebelom ni.. Bila pakai pencuci
muka SIMPLE ni,, kulit pon tak rasa pedih walaupun sehari cuci 3kali.
Pencuci muka ni tahan lama tau.. bett dah 'repurchase' untuk
kali yang kedua dan se'botol' ni tahan dalam jangka masa 2bulan lebih, hampir
3bulan juga la (hehe) . bett rasa sampai sini je la dulu story tentang produk
SIMPLE ni. Ada rezeki, panjang umur, bett akan story tentang produk lain yang
bett guna untuk mengurangkan JERAWAT PASIR yang dh bermaharajalela at muka bett
:D
0uhh ye kawan2 sekalian, bett nak ingatkan juga, apa pun
produk yang berkesan di muka bett, belum tentu berkesan kepada semua orang.
bett cuma nak share dekat korang mana tahu boleh membantu sedikit sebanyak.
Pada bett, selagi kita belum cuba, kita tidak tahu hasilnya macam mana. Dulu
pun macam2 bett cuba dengan niat nak pulihkan wajah semula. Allah tengok pada
usaha kita, In shaa Allah akan dipermudahkan :) bett nak minta maaf sekiranya
dalam entry ni, bett ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan sesetengah
pihak. Yang baik datangnya daripada Allah S.W.T, dan yang buruk tu datangnya
daripada kekurangan diri bett. bett akan cuba perbaiki kesilapan diri. bett
doakan semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan oleh Allah S.W.T . Aamiin .
Assalamualaikum :)
![]() |
| Pencuci muka Simple |




